Tunjukkan Kuasa Blogger!

Blog ini direka khas untuk menunjukkan Kuasa Blogger. Di sediakan khas buat penyokong UMNO (tidak kira anda ahli atau bukan) yang menolak KEPIMPINAN PAKLAH. Kita juga punya kuasa untuk bersuara. Tunjukkan sokongan anda dengan meletakkan banner ini di blog anda dan linkkan terus ke sini.

TAK NAK PAKLAH! SAY NO TO PAKLAH!

Copy code dibawah dan paste di blog anda.


Jika anda mempunyai entry-entry blog yang menunjukkan mengapa kepimpinan Pak Lah perlu menolak dan ingin disiarkan disini, sila hubungi kami di notopaklah [at] gmail.com.

*sila gantikan [at] dengan '@'.

Tuesday, June 24, 2008

Pembaziran Wang Rakyat - Pembatalan projek landasan berkembar dan elektrifikasi keretapi.

Malaysia mempunyai salah satu rangkaian lebuhraya yang terluas di Asia Tenggara.

Tetapi jalanraya masih lagi sesak, tidak dapat menampung keperluan jumlah kereta yang sering bertambah.

Terlalu banyak kenderaan berat seperti lori kontena dan pengangkut kenderaan menggunakan jalanraya menyebabkan kesesakan. Bilangannya bertambah dan jumlah kontena dari Selatan Thai juga menyumbang kepada kesesakan.

Dimana landasan rel berkembar dan keretapi elektrik diperkenalkan, ianya menjadi begitu popular.

Pemilik kenderaan individu akan meletak kenderaan mereka di stesen komuter untuk berulang-alik ke tempat kerja. Ini melegakan kesesakan jalanraya.

Kita tidak ada pengguna yang ramai untuk keretapi laju tetapi landasan berkembar dan penggunaan keretapi elektrik dapat meningkatkan perkhidmatan dan kelajuan sejajar dengan keperluan kita. Di dalam masa akan datang keretapi akan menjadi lebih popular apabila kesesakan jalanraya bertambah dan perjalanan kenderaan jalanraya menjadi terlalu sibuk. Setiap tahun kira-kira setengah juta kenderaan baru didaftarkan.

Kita tidak menjangka kenaikan harga minyak yang mendadak tinggi, tetapi jika ianya naik berperingkat sekalipun, kita perlu mengalihkan jumlah trafik penumpang dan kontena daripada lebuhraya ke sistem rel. Ini boleh dilakukan jika kita tingkatkan perkhidmatan rel kepada elektrifikasi dan landasan berkembar dari selatan ke utara.

Apabila kita cadang melanjutkan projek landasan berkembar dan elektrifikasi dari Johor Baru ke Seremban dan Rawang ke Padang Besar, dengan laluan tambahan ke Kuala Lumpur untuk mengelak kesesakan di Stesen Sentral, ianya bukanlah untuk memuaskan nafsu dan kehendak bekas Perdana Menteri tetapi kerana kita melihat keperluan tersebut pada masa itu dan di masa hadapan.

Apabila kita merdeka pada tahun 1957 jumlah penduduk Malaysia hanya 5 juta. Pada tahun 1990-an, jumlah tersebut mencecah 20-juta dan meningkat dengan cepat. Rakyat semakin mewah berdasarkan jumlah kenderaan persendirian yang dijual tiap tahun. Dan mereka juga lebih kerap berjalan.

Desakan untuk meningkatkan pengangkutan melalui jalan dan rel amat jelas. Kerajaan melihat keadaan ini dan tidak dapat tidak mesti menyahut kehendak rakyat. Demikian peningkatan jumlah dan perbatuan lebuhraya. Begitu juga peningkatan sistem rel.

Apabila landasan berkembar dan elektrifikasi dicadangkan dari Johor Baru ke Padang Besar pada 2002-2003, kos terendah ialah RM14 bilion dan mengambil masa enam tahun untuk dibina. Kerajaan perlu kira-kira RM2 bilion setahun untuk membina projek tersebut. Ianya sepatutnya dimulakan pada 2004.

Tetapi selepas mengambil alih, Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memutus untuk menunda pembinaan oleh sebab-sebab yang tidak pasti walaupun Dato Seri Abdullah telah berjanji dengan Perdana Menteri terdahulu untuk meneruskan projek tersebut.

Sekarang Kerajaan dapati ianya perlu untuk diteruskan. Malangnya kos kini telah meningkat. Untuk membina landasan berkembar dan elektrifikasi dari Ipoh ke Padang Besar sahaja akan menelan belanja RM12 bilion, kenaikan sebanyak lebih kurang 50 peratus atau RM7 bilion jika landasan dibina dari Johor Baru ke Padang Besar (dan ianya lambat laun tetap diperlukan).

Baru-baru ini harga minyak dan besi telah naik dan bahagian di antara Ipoh dan Padang Besar juga akan meningkat lebih RM12 bilion. Jumlah kenaikan dari Johor Baru ke Padang Besar tidak termasuk bahagian yang telah dibina akan jauh lebih tinggi daripada kos asal RM14 bilion. Lebih daripada RM7 bilion tambahan kos akan diperlukan.

Kerajaan boleh pilih untuk tidak bina. Tetapi kesesakan di lebuhraya dan penggunaan bahanapi akan lebih teruk. Jika Kerajaan teruskan pembinaan ianya akan menanggung kerugian wang rakyat lebih dari RM7 bilion.

Inilah hasilnya apabila ditunda projek landasan yang telah dipersetujui Kerajaan terdahulu.

Sebagaimana yang dilihat Perdana Menteri melontar berbilion Ringgit kepada Sabah dan Sarawak sebagai hadiah pada masa bajet sedang mengalami defisit. Kita tertanya bagaimana Kerajaan ini membelanjakan wang rakyat dengan keputusan yang selalunya menambah kerugian.

Sumber : Che Det

Saturday, June 7, 2008

Pak Lah Tipu Lagi...

Mulai sekarang, saya rasa kerajaan pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi TIDAK layak dipanggil kerajaan BN. Lebih baik dipanggil kerajaan peribadi milik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sebab apa? Belum ada dlm sejarah pemimpin BN melakukan pembohongan besar tanpa henti dan tidak serik dgn mala petaka pada pilihanraya umum yg lepas. Syabas diucapkan kepada Pak Lah di bawah kerajaan peribadi beliau yg mencetuskan penipuan besar serta sekali lagi menyakiti hati kami bukan sahaja sebagai ahli UMNO tetapi sebagai rakyat jelata.



Saya rasa tindakan Pak Lah yg menaikkan minyak sebanyak 40 peratus serta kenaikan serentak tarif elektrik sgt tidak waras. Kenaikan 78 sen seliter bagi petrol dan RM 1 bagi diesel adalah lebih 2 kali ganda dari kenaikan 30 sen yg telah mencetus salah satu faktor kepada tsunami politik pada pilihanraya yg lepas. Saya percaya tsunami politik kedua yg lebih teruk akan muncul pada pilihanraya akan datang jika tindakan seperti org yg gagal matapelajaran Ekonomi ini terus berlarutan. Ditambah pula dengan tindakan pembohongan besar oleh beliau dan kabinet kerajaan peribadi beliau yg terang2 menipu rakyat. Kata nak umum hari ni tapi laksana bulan Ogos tapi ari ni bukan jer umum tapi terus laksana. Penipuan yg tak terkira. Penipuan terakhir beliau ialah ketika beliau membubarkan parlimen.



Pemberian rebet RM 625 setahun bagi pemilik kenderaan bawah 2000cc adalah tidak mencukupi utk menampung kenaikan minyak sebanyak 78 sen ini. Mengikut perkiraan, pemilik kenderaan yg sebelum ini membelanjakan hanya RM 150 sebulan utk petrol yg akan mencapai break even dgn pemberian rebet ini. Saya yakin ramai pemilik kenderaan yg membelanjakan petrol melebihi RM 300 sebulan especially jika tempat kerja jauh dari rumah.

Secara keseluruhan kerajaan boleh menaikkan petrol tetapi bukan sebanyak 78 sen. 78 sen terlalu banyak bagi negara yg menjadi pengeluar minyak seperti kita. Saya rasa kenaikan 20 sen sudah memadai dan Petronas masih mampu utk menampung subsidi kerajaan. Saya juga yakin selepas ini ramai yg akan pikir dua kali utk beli kereta melebihi 2000cc kerana kenderaan melebihi 2000cc bukan sahaja menggunakan minyak yg lebih banyak tetapi tidak mendapat pemberian rebet oleh kerajaan peribadi Dato Seri Abdullah.

Akhirnya, terima kasih kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi serta kabinet di bawah kerajaan peribadi milik beliau atas penipuan yg sungguh menyayat hati serta memberikan rebet RM 625 seperti menganggap kami sebagai rakyat yg bodoh ekonomi.

Wassalam
*Saya tidak melayan komen yg akan menghentam kerajaan BN dan seterusnya menghentam UMNO. Kami sebagai ahli UMNO yg sentiasa sygkan UMNO pun tidak mengiktiraf pemimpin seperti beliau. Tu sebab saya lebih suker menggelarkan kerajaan pimpinan beliau sebagai kerajaan peribadi milik beliau*
Kredit gambar: Malaysiakini

Source : Pak Cik MMA