Tunjukkan Kuasa Blogger!

Blog ini direka khas untuk menunjukkan Kuasa Blogger. Di sediakan khas buat penyokong UMNO (tidak kira anda ahli atau bukan) yang menolak KEPIMPINAN PAKLAH. Kita juga punya kuasa untuk bersuara. Tunjukkan sokongan anda dengan meletakkan banner ini di blog anda dan linkkan terus ke sini.

TAK NAK PAKLAH! SAY NO TO PAKLAH!

Copy code dibawah dan paste di blog anda.


Jika anda mempunyai entry-entry blog yang menunjukkan mengapa kepimpinan Pak Lah perlu menolak dan ingin disiarkan disini, sila hubungi kami di notopaklah [at] gmail.com.

*sila gantikan [at] dengan '@'.

Tuesday, July 22, 2008

Wahai Pemimpin !

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

-H.R. Muslim

Sunday, July 13, 2008

Pak Lah Hanya Ada Master Bedroom

Singapore Cabinet Vs. Malaysia Cabinet (Previously)

1) PM Lee Hsien Loong

  • Cambridge University – First Class Honours (1974)
  • Harvard University – Masters (1980)
2) PM Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
  • University of Malaya – Bachelor of Arts Honours (1964)

3) SM Goh Chok Tong

  • University of Singapore – First Class Honours (1964)
  • Williams College, USA – Masters (1967)

4) Deputy PM Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak

  • University of Nottingham – Bachelor of Arts Honours (1974)

5) MM Lee Kuan Yew

  • Cambridge University – First Class Honours (1949)

6) Minister of Foreign Affairs Syed Hamid Albar

  • Mara University of Technology – Bachelor of Arts

7) Minister of Law Prof. S. Jayakumar

  • University of Singapore – Bachelor of Law Honours (1963)
  • Yale University – Masters (1966)

8) Minister of Works Dato’ Seri S. Samy Vellu

  • Form 6, Anderson School

9) Minister of Home Affairs Wong Kan Seng

  • University of Singapore – Bachelor of Arts and Business Admin (1977)
  • London Business School – Masters (1979)

10) Minister of International Trade & Industry Dato’ Seri Rafidah Aziz

  • University of Malaya – Bachelor of Arts Honours

11) Minister of Foreign Affairs BG George Yeo

  • Cambridge University – Double First Class Honours (1976)
  • Harvard Business School – MBA w/ Distinction (1985)

12) Minister of Agriculture Muhyiddin Yassin

  • Polytechnic Ungku Omar

13) Minister of Trade and Industry Lim Hng Kiang

  • Cambridge University – First Class Honours w/ Distinction (1976)
  • Harvard University – Masters (1986)

14) Minister of Domestic Trade Shafie Apdal

  • Form 5, failed English

15) Minister of Defense Teo Chee Hean

  • University of Manchester – First Class Honours (1976)
  • Imperial College, London – Masters w/ Distinction (1977)

16) Minister of Education Hishamuddin Tun Hussein

  • (unknown university) – Bachelor of Arts and Social Science

17) Minister of Education Tharman Shanmugaratnam

  • London School of Economics – Bachelor of Arts
  • Cambridge University – Masters
  • Harvard University – Masters

18) Minister of Home Affairs Radzi Sheikh Ahmad

  • Islamic College of Malaysia - Diploma

* Indication : Red represents Singapore Ministers, Blue represents Malaysia Ministers

* Source : e-mail

Pak Lah VS. Wan Azizah

*gambar dipetik daripada email seorang rakan.

Pagi ini trafik sesak lagi. Jalan-jalan berhampiran Parlimen ditutup untuk semua kenderaan. Rakyat mahu protes lagi. Hari ini khabar angin mengatakan bahawa Peliwat Negara, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjejakkan kaki ke Parlimen bagi mendengar pembentangan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dikatakan bakal mengusul topik 'Undi Tidak Percaya Pak Lah'.

Rakyat usahlah terlalu taksub dengan perjuangan mereka berdua, mereka hanya menabur janji palsu ! Harga minyak akan turunkah sekiranya beliau mempunyai kuasa? Negara amankah jika beliau menjadi PM? Yang kami faham negara akan berada di bawah taklukan Amerika Syarikat seperti negara jiran, Singapura.

Rakyat marah kepada Pak Lah, mahu tunjuk protes dengan menyertai pasukan pembangkang? Benarkan kami menyatakan ini, anda yang berbuat demikian tersangatlah naif. Apa pembangkang boleh lakukan? Mahu generasi Melayu lebih parah seperti Carburetor Dung dan meliwat sesama sendiri?

Lihat sajalah di Kelantan, kasut bertumit tinggi dan gincu diharamkan ! Barang siapa ingkar, saman sebanyak RM 500 dikenakan. Apa rasional untuk kes ini? Kenapa haramkan kasut dan gincu, tidak pula haramkan penjualan pakaian ketat sendat dan seluar dalam yang jarang?

Pak Lah melawan Wan Azizah, kita lihat siapa menang. Perbezaan antara mereka yang jelas adalah seorang pro-kerajaan seorang pembangkang. Seorang suka bolot kuasa dan seorang lagi dahagakan kuasa. Persamaan mereka adalah, kelihatan dua buah mangkuk kaca di kedai 2 ringgit yang hodoh rupanya dan rendah kualiti; saling mahu berlaga sesama sendiri, akibatnya dua-dua akan retak dan pecah. Dua-dua masuk tong sampah !

Thursday, July 10, 2008

Jun 2010?

Penuh di dada akhbar hari ini menceritakan hal Paklah akan melepaskan jawatannya sebagai PM pada akhir Jun 2010. Adakah rakyat merasa lega? Tidak sama sekali. Pastinya ada konspirasi politik berlaku.

Paklah takut akan "Undi tidak percaya Paklah" yang diwar-warkan akan kecoh di Parlimen. Tapi realitinya semua itu tidak berlaku atau dengan kata mudahnya, tidak berjaya dilakukan kerana tembok besar dibina Paklah dan konco-konconya masih tegap. Ya, tegap pada zahirnya, pada dasarnya sudah goyah. Dahulu pernah juga heboh, Parlimen Sabah mahu pulangkan bendera BN dan semua mahu letak jawatan. Tapi Paklah terus ke Sabah, memujuk keras mereka semua. Hati dan perasaan tidak boleh dikawal, Paklah. Jika mereka tak suka, maksudnya tak sukalah ! Say No to Paklah !

Rakyat sudah mengeluh, dan sebesar-besar keluhan ada yang sudah hilang nyawa. Harga barang mulai tidak terkawal jadinya, kereta di jalanraya kembali sesak, malah lebih sesak daripada sebelumnya. Pengangkutan awam juga sesak. Kes jenayah juga ligat. Rakyat merempat juga banyak. Hatta, tandas awam berbayar juga merasakan impaknya. Gaji pekerja masih tiada petanda untuk direvisi. Bagaimana Belanjawan `09 nanti agaknya?

2010 terlalu panjang untuk rakyat nantikan. Semua orang mula meneka-neka siapakah pengganti Paklah nanti. Najib kah? atau si peliwat Anwar kah? Walau siapapun karekter atau kata nama, yang pasti rakyat berharap keadaan tidak akan berulang seperti ini lagi. Dan yang penting kami tidak mahu ikon kami sentiasa membuat 'Kempen Cukup Tidur' di majlis-majlis rasmi lagi. Diulang lagi, 2010??? Sampai bilakah rakyat diseksa sebegini? Sampai kapan rakyat mahu derita?

Mengikuti setiap tulisan Che Det, kami juga mendambakan kehadiran beliau semula untuk memapah Malaysia yang sudah lemah kini. Lemah bukan lagi bertongkat, malah sudahpun berkerusi roda, begitulah diibaratkan. Tun, selamatkanlah kami !

Tuesday, June 24, 2008

Pembaziran Wang Rakyat - Pembatalan projek landasan berkembar dan elektrifikasi keretapi.

Malaysia mempunyai salah satu rangkaian lebuhraya yang terluas di Asia Tenggara.

Tetapi jalanraya masih lagi sesak, tidak dapat menampung keperluan jumlah kereta yang sering bertambah.

Terlalu banyak kenderaan berat seperti lori kontena dan pengangkut kenderaan menggunakan jalanraya menyebabkan kesesakan. Bilangannya bertambah dan jumlah kontena dari Selatan Thai juga menyumbang kepada kesesakan.

Dimana landasan rel berkembar dan keretapi elektrik diperkenalkan, ianya menjadi begitu popular.

Pemilik kenderaan individu akan meletak kenderaan mereka di stesen komuter untuk berulang-alik ke tempat kerja. Ini melegakan kesesakan jalanraya.

Kita tidak ada pengguna yang ramai untuk keretapi laju tetapi landasan berkembar dan penggunaan keretapi elektrik dapat meningkatkan perkhidmatan dan kelajuan sejajar dengan keperluan kita. Di dalam masa akan datang keretapi akan menjadi lebih popular apabila kesesakan jalanraya bertambah dan perjalanan kenderaan jalanraya menjadi terlalu sibuk. Setiap tahun kira-kira setengah juta kenderaan baru didaftarkan.

Kita tidak menjangka kenaikan harga minyak yang mendadak tinggi, tetapi jika ianya naik berperingkat sekalipun, kita perlu mengalihkan jumlah trafik penumpang dan kontena daripada lebuhraya ke sistem rel. Ini boleh dilakukan jika kita tingkatkan perkhidmatan rel kepada elektrifikasi dan landasan berkembar dari selatan ke utara.

Apabila kita cadang melanjutkan projek landasan berkembar dan elektrifikasi dari Johor Baru ke Seremban dan Rawang ke Padang Besar, dengan laluan tambahan ke Kuala Lumpur untuk mengelak kesesakan di Stesen Sentral, ianya bukanlah untuk memuaskan nafsu dan kehendak bekas Perdana Menteri tetapi kerana kita melihat keperluan tersebut pada masa itu dan di masa hadapan.

Apabila kita merdeka pada tahun 1957 jumlah penduduk Malaysia hanya 5 juta. Pada tahun 1990-an, jumlah tersebut mencecah 20-juta dan meningkat dengan cepat. Rakyat semakin mewah berdasarkan jumlah kenderaan persendirian yang dijual tiap tahun. Dan mereka juga lebih kerap berjalan.

Desakan untuk meningkatkan pengangkutan melalui jalan dan rel amat jelas. Kerajaan melihat keadaan ini dan tidak dapat tidak mesti menyahut kehendak rakyat. Demikian peningkatan jumlah dan perbatuan lebuhraya. Begitu juga peningkatan sistem rel.

Apabila landasan berkembar dan elektrifikasi dicadangkan dari Johor Baru ke Padang Besar pada 2002-2003, kos terendah ialah RM14 bilion dan mengambil masa enam tahun untuk dibina. Kerajaan perlu kira-kira RM2 bilion setahun untuk membina projek tersebut. Ianya sepatutnya dimulakan pada 2004.

Tetapi selepas mengambil alih, Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memutus untuk menunda pembinaan oleh sebab-sebab yang tidak pasti walaupun Dato Seri Abdullah telah berjanji dengan Perdana Menteri terdahulu untuk meneruskan projek tersebut.

Sekarang Kerajaan dapati ianya perlu untuk diteruskan. Malangnya kos kini telah meningkat. Untuk membina landasan berkembar dan elektrifikasi dari Ipoh ke Padang Besar sahaja akan menelan belanja RM12 bilion, kenaikan sebanyak lebih kurang 50 peratus atau RM7 bilion jika landasan dibina dari Johor Baru ke Padang Besar (dan ianya lambat laun tetap diperlukan).

Baru-baru ini harga minyak dan besi telah naik dan bahagian di antara Ipoh dan Padang Besar juga akan meningkat lebih RM12 bilion. Jumlah kenaikan dari Johor Baru ke Padang Besar tidak termasuk bahagian yang telah dibina akan jauh lebih tinggi daripada kos asal RM14 bilion. Lebih daripada RM7 bilion tambahan kos akan diperlukan.

Kerajaan boleh pilih untuk tidak bina. Tetapi kesesakan di lebuhraya dan penggunaan bahanapi akan lebih teruk. Jika Kerajaan teruskan pembinaan ianya akan menanggung kerugian wang rakyat lebih dari RM7 bilion.

Inilah hasilnya apabila ditunda projek landasan yang telah dipersetujui Kerajaan terdahulu.

Sebagaimana yang dilihat Perdana Menteri melontar berbilion Ringgit kepada Sabah dan Sarawak sebagai hadiah pada masa bajet sedang mengalami defisit. Kita tertanya bagaimana Kerajaan ini membelanjakan wang rakyat dengan keputusan yang selalunya menambah kerugian.

Sumber : Che Det

Saturday, June 7, 2008

Pak Lah Tipu Lagi...

Mulai sekarang, saya rasa kerajaan pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi TIDAK layak dipanggil kerajaan BN. Lebih baik dipanggil kerajaan peribadi milik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sebab apa? Belum ada dlm sejarah pemimpin BN melakukan pembohongan besar tanpa henti dan tidak serik dgn mala petaka pada pilihanraya umum yg lepas. Syabas diucapkan kepada Pak Lah di bawah kerajaan peribadi beliau yg mencetuskan penipuan besar serta sekali lagi menyakiti hati kami bukan sahaja sebagai ahli UMNO tetapi sebagai rakyat jelata.



Saya rasa tindakan Pak Lah yg menaikkan minyak sebanyak 40 peratus serta kenaikan serentak tarif elektrik sgt tidak waras. Kenaikan 78 sen seliter bagi petrol dan RM 1 bagi diesel adalah lebih 2 kali ganda dari kenaikan 30 sen yg telah mencetus salah satu faktor kepada tsunami politik pada pilihanraya yg lepas. Saya percaya tsunami politik kedua yg lebih teruk akan muncul pada pilihanraya akan datang jika tindakan seperti org yg gagal matapelajaran Ekonomi ini terus berlarutan. Ditambah pula dengan tindakan pembohongan besar oleh beliau dan kabinet kerajaan peribadi beliau yg terang2 menipu rakyat. Kata nak umum hari ni tapi laksana bulan Ogos tapi ari ni bukan jer umum tapi terus laksana. Penipuan yg tak terkira. Penipuan terakhir beliau ialah ketika beliau membubarkan parlimen.



Pemberian rebet RM 625 setahun bagi pemilik kenderaan bawah 2000cc adalah tidak mencukupi utk menampung kenaikan minyak sebanyak 78 sen ini. Mengikut perkiraan, pemilik kenderaan yg sebelum ini membelanjakan hanya RM 150 sebulan utk petrol yg akan mencapai break even dgn pemberian rebet ini. Saya yakin ramai pemilik kenderaan yg membelanjakan petrol melebihi RM 300 sebulan especially jika tempat kerja jauh dari rumah.

Secara keseluruhan kerajaan boleh menaikkan petrol tetapi bukan sebanyak 78 sen. 78 sen terlalu banyak bagi negara yg menjadi pengeluar minyak seperti kita. Saya rasa kenaikan 20 sen sudah memadai dan Petronas masih mampu utk menampung subsidi kerajaan. Saya juga yakin selepas ini ramai yg akan pikir dua kali utk beli kereta melebihi 2000cc kerana kenderaan melebihi 2000cc bukan sahaja menggunakan minyak yg lebih banyak tetapi tidak mendapat pemberian rebet oleh kerajaan peribadi Dato Seri Abdullah.

Akhirnya, terima kasih kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi serta kabinet di bawah kerajaan peribadi milik beliau atas penipuan yg sungguh menyayat hati serta memberikan rebet RM 625 seperti menganggap kami sebagai rakyat yg bodoh ekonomi.

Wassalam
*Saya tidak melayan komen yg akan menghentam kerajaan BN dan seterusnya menghentam UMNO. Kami sebagai ahli UMNO yg sentiasa sygkan UMNO pun tidak mengiktiraf pemimpin seperti beliau. Tu sebab saya lebih suker menggelarkan kerajaan pimpinan beliau sebagai kerajaan peribadi milik beliau*
Kredit gambar: Malaysiakini

Source : Pak Cik MMA