Tunjukkan Kuasa Blogger!

Blog ini direka khas untuk menunjukkan Kuasa Blogger. Di sediakan khas buat penyokong UMNO (tidak kira anda ahli atau bukan) yang menolak KEPIMPINAN PAKLAH. Kita juga punya kuasa untuk bersuara. Tunjukkan sokongan anda dengan meletakkan banner ini di blog anda dan linkkan terus ke sini.

TAK NAK PAKLAH! SAY NO TO PAKLAH!

Copy code dibawah dan paste di blog anda.


Jika anda mempunyai entry-entry blog yang menunjukkan mengapa kepimpinan Pak Lah perlu menolak dan ingin disiarkan disini, sila hubungi kami di notopaklah [at] gmail.com.

*sila gantikan [at] dengan '@'.

Tuesday, June 24, 2008

Pembaziran Wang Rakyat - Pembatalan projek landasan berkembar dan elektrifikasi keretapi.

Malaysia mempunyai salah satu rangkaian lebuhraya yang terluas di Asia Tenggara.

Tetapi jalanraya masih lagi sesak, tidak dapat menampung keperluan jumlah kereta yang sering bertambah.

Terlalu banyak kenderaan berat seperti lori kontena dan pengangkut kenderaan menggunakan jalanraya menyebabkan kesesakan. Bilangannya bertambah dan jumlah kontena dari Selatan Thai juga menyumbang kepada kesesakan.

Dimana landasan rel berkembar dan keretapi elektrik diperkenalkan, ianya menjadi begitu popular.

Pemilik kenderaan individu akan meletak kenderaan mereka di stesen komuter untuk berulang-alik ke tempat kerja. Ini melegakan kesesakan jalanraya.

Kita tidak ada pengguna yang ramai untuk keretapi laju tetapi landasan berkembar dan penggunaan keretapi elektrik dapat meningkatkan perkhidmatan dan kelajuan sejajar dengan keperluan kita. Di dalam masa akan datang keretapi akan menjadi lebih popular apabila kesesakan jalanraya bertambah dan perjalanan kenderaan jalanraya menjadi terlalu sibuk. Setiap tahun kira-kira setengah juta kenderaan baru didaftarkan.

Kita tidak menjangka kenaikan harga minyak yang mendadak tinggi, tetapi jika ianya naik berperingkat sekalipun, kita perlu mengalihkan jumlah trafik penumpang dan kontena daripada lebuhraya ke sistem rel. Ini boleh dilakukan jika kita tingkatkan perkhidmatan rel kepada elektrifikasi dan landasan berkembar dari selatan ke utara.

Apabila kita cadang melanjutkan projek landasan berkembar dan elektrifikasi dari Johor Baru ke Seremban dan Rawang ke Padang Besar, dengan laluan tambahan ke Kuala Lumpur untuk mengelak kesesakan di Stesen Sentral, ianya bukanlah untuk memuaskan nafsu dan kehendak bekas Perdana Menteri tetapi kerana kita melihat keperluan tersebut pada masa itu dan di masa hadapan.

Apabila kita merdeka pada tahun 1957 jumlah penduduk Malaysia hanya 5 juta. Pada tahun 1990-an, jumlah tersebut mencecah 20-juta dan meningkat dengan cepat. Rakyat semakin mewah berdasarkan jumlah kenderaan persendirian yang dijual tiap tahun. Dan mereka juga lebih kerap berjalan.

Desakan untuk meningkatkan pengangkutan melalui jalan dan rel amat jelas. Kerajaan melihat keadaan ini dan tidak dapat tidak mesti menyahut kehendak rakyat. Demikian peningkatan jumlah dan perbatuan lebuhraya. Begitu juga peningkatan sistem rel.

Apabila landasan berkembar dan elektrifikasi dicadangkan dari Johor Baru ke Padang Besar pada 2002-2003, kos terendah ialah RM14 bilion dan mengambil masa enam tahun untuk dibina. Kerajaan perlu kira-kira RM2 bilion setahun untuk membina projek tersebut. Ianya sepatutnya dimulakan pada 2004.

Tetapi selepas mengambil alih, Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memutus untuk menunda pembinaan oleh sebab-sebab yang tidak pasti walaupun Dato Seri Abdullah telah berjanji dengan Perdana Menteri terdahulu untuk meneruskan projek tersebut.

Sekarang Kerajaan dapati ianya perlu untuk diteruskan. Malangnya kos kini telah meningkat. Untuk membina landasan berkembar dan elektrifikasi dari Ipoh ke Padang Besar sahaja akan menelan belanja RM12 bilion, kenaikan sebanyak lebih kurang 50 peratus atau RM7 bilion jika landasan dibina dari Johor Baru ke Padang Besar (dan ianya lambat laun tetap diperlukan).

Baru-baru ini harga minyak dan besi telah naik dan bahagian di antara Ipoh dan Padang Besar juga akan meningkat lebih RM12 bilion. Jumlah kenaikan dari Johor Baru ke Padang Besar tidak termasuk bahagian yang telah dibina akan jauh lebih tinggi daripada kos asal RM14 bilion. Lebih daripada RM7 bilion tambahan kos akan diperlukan.

Kerajaan boleh pilih untuk tidak bina. Tetapi kesesakan di lebuhraya dan penggunaan bahanapi akan lebih teruk. Jika Kerajaan teruskan pembinaan ianya akan menanggung kerugian wang rakyat lebih dari RM7 bilion.

Inilah hasilnya apabila ditunda projek landasan yang telah dipersetujui Kerajaan terdahulu.

Sebagaimana yang dilihat Perdana Menteri melontar berbilion Ringgit kepada Sabah dan Sarawak sebagai hadiah pada masa bajet sedang mengalami defisit. Kita tertanya bagaimana Kerajaan ini membelanjakan wang rakyat dengan keputusan yang selalunya menambah kerugian.

Sumber : Che Det

No comments: