Tunjukkan Kuasa Blogger!

Blog ini direka khas untuk menunjukkan Kuasa Blogger. Di sediakan khas buat penyokong UMNO (tidak kira anda ahli atau bukan) yang menolak KEPIMPINAN PAKLAH. Kita juga punya kuasa untuk bersuara. Tunjukkan sokongan anda dengan meletakkan banner ini di blog anda dan linkkan terus ke sini.

TAK NAK PAKLAH! SAY NO TO PAKLAH!

Copy code dibawah dan paste di blog anda.


Jika anda mempunyai entry-entry blog yang menunjukkan mengapa kepimpinan Pak Lah perlu menolak dan ingin disiarkan disini, sila hubungi kami di notopaklah [at] gmail.com.

*sila gantikan [at] dengan '@'.

Sunday, July 13, 2008

Pak Lah VS. Wan Azizah

*gambar dipetik daripada email seorang rakan.

Pagi ini trafik sesak lagi. Jalan-jalan berhampiran Parlimen ditutup untuk semua kenderaan. Rakyat mahu protes lagi. Hari ini khabar angin mengatakan bahawa Peliwat Negara, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjejakkan kaki ke Parlimen bagi mendengar pembentangan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dikatakan bakal mengusul topik 'Undi Tidak Percaya Pak Lah'.

Rakyat usahlah terlalu taksub dengan perjuangan mereka berdua, mereka hanya menabur janji palsu ! Harga minyak akan turunkah sekiranya beliau mempunyai kuasa? Negara amankah jika beliau menjadi PM? Yang kami faham negara akan berada di bawah taklukan Amerika Syarikat seperti negara jiran, Singapura.

Rakyat marah kepada Pak Lah, mahu tunjuk protes dengan menyertai pasukan pembangkang? Benarkan kami menyatakan ini, anda yang berbuat demikian tersangatlah naif. Apa pembangkang boleh lakukan? Mahu generasi Melayu lebih parah seperti Carburetor Dung dan meliwat sesama sendiri?

Lihat sajalah di Kelantan, kasut bertumit tinggi dan gincu diharamkan ! Barang siapa ingkar, saman sebanyak RM 500 dikenakan. Apa rasional untuk kes ini? Kenapa haramkan kasut dan gincu, tidak pula haramkan penjualan pakaian ketat sendat dan seluar dalam yang jarang?

Pak Lah melawan Wan Azizah, kita lihat siapa menang. Perbezaan antara mereka yang jelas adalah seorang pro-kerajaan seorang pembangkang. Seorang suka bolot kuasa dan seorang lagi dahagakan kuasa. Persamaan mereka adalah, kelihatan dua buah mangkuk kaca di kedai 2 ringgit yang hodoh rupanya dan rendah kualiti; saling mahu berlaga sesama sendiri, akibatnya dua-dua akan retak dan pecah. Dua-dua masuk tong sampah !

4 comments:

Anonymous said...

"Lihat sajalah di Kelantan, kasut bertumit tinggi dan gincu diharamkan ! Barang siapa ingkar, saman sebanyak RM 500 dikenakan. Apa rasional untuk kes ini? Kenapa haramkan kasut dan gincu, tidak pula haramkan penjualan pakaian ketat sendat dan seluar dalam yang jarang? "

jgn bcakap sembarangan.penjualan baju ketat/lingerie mana boleh diharamkan, kerana para wanita boleh memakainya dihadapan suami masing2.maka adalah wajar hanya pemakaian kasut tumit tinggi dan gincu DI TEMPAT KERJA dihrmkan. kasut tumit tinggi mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian lelaki, dan gincu merupakan tabarruj yang jelas!

saya bukan pro pas jauh sekali pelajar jurusan agama di mesir.tapi saya muslim yang peduli dan ambil tahu.usah sebarang cakap, saudara.jadilah muslim yang pduli, smg terselamat dunia akhirat.maaf terkasar bhs,ikhlas dr saya,=)

Anonymous said...

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diektahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.

Anonymous said...

Saudara berkata tanpa ilmu, jika ilmu itu tidak cukup di dada, jgn pandai2 berkata-kata, buruk padahnya,
sudahlar tutup lar blog nie, x lame lg UMNO akan berkubur... Kepimpinan yg penuh penipuan, penuh kekalutan. penuh rasuah, ape lg yg boleh saudara perkatakan, sumenya telah jelas sekarang, tepuk dada, tanya selera... (",)

Anonymous said...

pastikan dulu info yang saudara dapat tu...... saya baru jer balik dari KB tak pulak kena saman.... ermmmmm...... jgn konpiuskan org ramai. Kelantan tak seteruk yang diperkatakan.....